Search This Blog




Senarai Artikel






Persembahan angklung oleh pelajar2 KPLI Muzik IPG Kampus Ilmu Khas 2010 di majis perkahwinan dua orang anak saya Darul Syazalina dan Syahrul Syazanizam yang diadakan di Dewan pusat Belia Antarabangsa Cheras, KL.

Read More
Tuesday 17 July 2012 0 comments

NASYID 'SEMARAKKAN INSAN CEMERLANG DAN TERBILANG'

Nasyid ini pada asalnya dicipta untuk pertandingan Nasyid Peringkat Kementerian anjuran Jabatan Perdana Menteri. Nasyid ini telah dinyanyikan oleh Staf Bahagian Pendidikan Guru yang mewakili Kementerian Pelajaran ke Pertandingan tersebut. Untuk kali keduanya, Nasyid ini telah dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) Shah Alam, Selangor sempena majlis konvokesyen kolej tersebut dalam bulan Mei 2012 yang lalu.

Read More
Wednesday 11 July 2012 0 comments

KUMPULAN BORIA PERTAMA

Kumpulan Boria yang terdiri daripada murid SK Felda Pasoh 3, Negeri Sembilan yang membuat persembahan sempena Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian hadiah dalam tahun 1981. 

Read More
0 comments

KOIR PERTAMA

KOIR GURU-GURU DAERAH KUALA PILAH
Inilah kumpulan koir yang pertama di bawah bimbingan dan pimpinan saya selepas dilantik sebagai Guru Muzik Beredar di dua buah sekolah di Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan. Sebelum itu saya mengikuti Kursus Perguruan Khas (Pendidikan Muzik) di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kumpulan Koir ini membuat persembahan dalam Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Read More
0 comments

Mencipta dan menggubah lagu



Video di bawah ini sebahagian daripada lagu-lagu sekolah menengah dan rendah ciptaan dan gubahan saya (video oleh syazalina83 ). Khidmat yang ditawarkan termasuklah gubahan semula lagu sedia ada ada atau ciptaan lagu baru dalam bentuk rakaman lagu studio, susunan muzik orkestra, skor muzik dan senikata, muzik minus one (tanpa vokal), muzik dengan vokal solo, koir dan sebagainya.



Perkhidmatan lain termasuklah :
  1. mencipta atau menggubah lagu untuk sekolah, nasyid, boria
  2. mengajar gamelan, caklempong dan angklung
  3. membekalkan atau menjual peralatan muzik seperti gamelan, caklempong dan angklung
Hubungi saya, En. Said di mdsaid123@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Read More
Friday 8 June 2012 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru